Thursday, 19 July 2012


   Sejarah Sek . Men . tuanku abdul rahman
Sejarah Sekolah SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas mengambil nama sempena nama Yang Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad. Nama asal sekolah ini ialah Tuanku Abdul Rahman English, Gemas.

             Pada tahun 1943 hingga 1948, sekolah ini ditadbir oleh pihak swasta dan mempunyai peringkat sekolah rendah dan menengah. Ketika itu, tapak asal sekolah ini terletak di sebuah bukit berhampiran dengan Jalan Cantik, Jalan Damai, dan Jalan Molik, iaitu berdekatan dengan kawasan perumahan pengawal Keretapi Tanah
Melayu Malaysia Berhad (KTMB), Gemas. 
Pada tahun 1949, sekolah ini telah diambil alih oleh pihak kerajaan dan dipindahkan ke   bangunan barunya iaitu di belakang Kuil Hindu iaitu menghadap ke  Padang Keretapi Tanah Malaysia Berhad (KTMB), Berhad. Upacara perasmian bangunan sekolah Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang baru dibina disempurnakan oleh   Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad pada tahun 1949. Encik V.M. Francis  adalah pengetua sekolah ini yang pertama.
.                                 Pada tahun 1952, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu di Jalan Tok Sulong di mana terletaknya Sekolah Rendah Kebangsaan Tuanku Abdul  Rahman, Gemas yang ada sekarang. Sehingga tahun 1967, sekolah ini masih mempunyai gabungan sekolah rendah dan menengah. Pada awal tahun 1968, bangunan khas untuk  Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Gemas siap dibina. Bangunan ini telah dibuka secara rasminya oleh Tan Sri Mohd. Khir Haji Johari   pada hari Isnin bersamaan 7 Oktober 1968. 
                             Sebenarnya perancangan awal pembinaan sekolah ini adalah di atas Bukit  Masjid, Gemas tetapi memandangkan kos dan masa pembinaannya yang terhad, maka lokasinya beralih ke padang sekolah di mana letaknya Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas sekarang. 

Senarai Nama Pengetua SMKTAR 1949-2009

Tahun
Nama

1949
En.  V.m. francis
1952
En. K. Ponnudurai
1956
Tn. Hj. Putih bin hj. Tahir
1960
En P. Kanth swamy
1962
En V. Krishnan 
1969
En. Harbajan singh sidhu
1980
En.Sulaiman bin kassim pjk
1988
En. A. Tavamani pjk
1991
Tn. Hj. Abdul rahim bin ahmad
1999
En. Khoo boon nam
2001
En. mohan singh a/l shamir singh
2004
En.Mohd isah bin ismail
2004
En.Mohd isah bin ismail
2004
En.Mohd isah bin ismail
2008 
Pn. Hjh sakdiah bt saleh






No comments:

Post a Comment