Upacara perasmian bangunan sekolah Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang baru dibina disempurnakan oleh AlmarhumTuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad pada tahun 1949. Encik V.M. Francis adalah pengetua sekolah ini yang pertama. Pada tahun 1952, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu di Jalan Tok Sulong di mana terletaknya Sekolah Rendah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas yang ada sekarang. Sehingga tahun 1967, sekolah ini masih mempunyai gabungan sekolah rendah dan menengah.
Pada awal tahun 1968, bangunan khas untuk Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Gemas siap dibina. Bangunan ini telah dibuka secara rasminya oleh Tan Sri Mohd. Khir Haji Johari pada hari Isnin bersamaan 7 Oktober 1968. Sebenarnya perancangan awal pembinaan sekolah ini adalah di atas BukitMasjid, Gemas tetapi memandangkan kos dan masa pembinaannya yang terhad, maka lokasinya beralih ke padang sekolah di mana letaknya Sekolah Menengah KebangsaanTuanku Abdul Rahman, Gemas sekarang.
No comments:
Post a Comment